Rayyan & Brainy Bunch

Rayyan & Brainy Bunch

Sebagai seorang ayah memang tak lari dari memberi apa sahaja yang terbaik untuk anak anak terutama dalam pendidikan.. Apatah lagi anak saya Rayyan Danish merupakan anak tunggal yang saya ada..

Semasa anak saya berumur 4 tahun di akhir hujung tahun saya dah bercadang untuk masukkan dia ke pre school.. Sebabnya dia hanya menghabiskan masa di rumah tanpa bergaul dengan dunia luar.. 

Akhirnya saya membuat beberapa pilihan seperti Smart Reader, Brainy Bunch dan beberapa lagi.. Setelah saya amati dari komen komen ibu bapa dan membaca beberapa respon netizen saya membuat pilihan untuk masukkan dia ke Brainy Bunch.. 

Saya memilih Brainy Bunch disebabkan tenaga pengajarnya adalah dari kalangan golongan berkelulusan tinggi, suasana tempat belajar yang selesa dan ia lebih fokus kepada pendidikan agama selain tenaga pengajarnya juga mesra terhadap ibu bapa.

Kos pendaftaran agak sedikit mahal tetapi ianya berbaloi.. Selama 2 tahun anak saya disini beliau sudah pandai menghafal beberapa surah dan solat sendirian.. Dia juga boleh berbahasa inggeris kerana pembelajaran di sini sepenuhnya berbahasa inggeris..

Brainy Bunch juga mempunyai International School di Cyberjaya. Memandangkan saya tinggal di Setapak adalah mustahil untuk hantar dia kesana πŸ˜‚πŸ˜‚

Atas tiket Brainy Bunch anak saya diterima masuk ke Sekolah Rendah St John Bukit Nenas walau pada mulanya kelihatan agak mustahil untuk diterima atas faktor lokasi yang jauh dari rumah.

Rayyan jadi imam kat sekolah
Di bawah adalah beberapa gambar ketika Rayyan berada di Brainy Bunch.
Sambutan Hari Raya


Suasana dalam kelas



Rayyan Orientasi Darjah 1

Registration Fees untuk 2019


Pagi pagi memang buat solat duha.. 

Hasil kerja kat sekolah.. Semangat nak tunjuk kat bapaknya


Hari sukan tahunan. Mengumpulkan semua cawangan Brainy Bunch.. Diadakan di HQ Cyberjaya



Antara Cikgu2 Rayyan


Sewaktu Graduasi yang dibuat di Hq Brainy Bunch Cyberjaya


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CiTy GM6