CiTy GM6

My Love Hondas

Kereta ni dibeli pada Oktober 2014.. Hajatnya cuma nak tengok2 di showroom Honda Sri Utama, Setapak tetapi racun itu berbisa๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Dari cuma nak tengok2 sebab GM6 ni belum sampai setahun launch di Malaysia.. Entah apa Salesman tu cakap terus jatuh hati.. Esoknya hantar dokumen tak sampai 3 hari terus lulus..Betul orang kata racun tu berbisa, dari hajat nak pakai standard terus berubah 360°.. Mana tahan nak tunggu 5 tahun baru boleh ubahsuai.. Sesetengah orang takut hilang warranty kalau buat perubahan pada kereta..


Enjin aku tak berhajat nak usik sebab standard dia pun memang dah power walau cuma 1.5cc Top speed not bad selepas buat ECU remap boleh cecah 220km/h.. Ekzos aku buat di EXSS WORK Setapak.. Sini memang power sebab top dan pick up boleh dapat sekali. Jarang kedai ekzos boleh dapat 2 dalam 1..


Dari segi penggunaan minyak City model GM6 ni antara kereta terjimat.. Lebih jimat dari Myvi atau Bezza.. Full tank 40 liter boleh jalan 550km jika long distance & sekitar 450km di dalam bandar.


Servis dan part tidaklah mahal macam orang sangka. Yang penting ilmu kena ada. Tukar minyak CVT pun baru RM120 tidak termasuk upah jika nak dibanding dengan Proton yang lebih mahal untuk servis CVT. Untuk minyak enjin dan lain lain parts bagi saya tidak terlalu mahal..


Gambar di bawah ialah antara beberapa part interior dan exterior yang aku dah buat.




Sticker merah di gear knob dan steering saya buat di Unicorn Graphic Ampang..
Lampu Eagle Eyes ni saya beli dengan harga 1350 waktu 2015.. Harga asalnya 1800.. Kami beli secara group buy 10 orang dan pengedar dapat beri kami dengan harga murah
Honda memang dasar kedekut beli full spec tapi tak bagi leather seat.. Set full leather depan belakang ni saya buat di SSCUS Setapak.. Harga boleh tahan RM2700. Tapi hasil kerja sangat puas hati
Hood CF yang saya gunakan adalah dari Akana Thailand. Harganya RM2100 Preorder dan Takero Lips CF berharga RM970 juga preorder dari Thailand






















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rayyan & Brainy Bunch