Business Vending Machine By JaTz




Anda peminat business vending machine? tetapi zero knowledge? Dalam entri kali ni saya akan menceritakan pengalaman saya mengendalikan perniagaan business vending machine can/air tin bagi mereka yang berminat ingin menceburi bidang ini.

Di dalam business vending machine terdapat beberapa jenis category mesin seperti mesin urut badan di kebanyakan shopping complex, mesin air tin, mesin air r.o, mesin serbaneka seperti majalah,megazine kebanyakannya di Jepun, mesin tangkap anak patung seperti di pusat game shopping mall dan sebagainya.. Pendek kata apa sahaja mesin kecuali mesin atm bank๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ yang membekalkan produk dengan hanya memasukkan duit dan kita mendapat produk tersebut ianya dipanggil vending machine. Tetapi pada penulisan saya kali ini saya hanya ingin fokus dan menceritakan mengenai mesin air tin seperti yang diusahakan oleh saya.

Di negara maju seperti Jepun, mereka mempunyai lebih 1 juta mesin air dan mesin serbaneka yang beroperasi di sana dimana boleh dikatakan pada setiap jarak 10 meter di bandar bandar besar anda akan kelihatan vending machine ini beroperasi.

Apakah perkara utama yang patut anda ambil tahu sebelum memulakan perniagaan ini? sudah semestinya LOKASI! LOKASI! & LOKASI! 

Ramai pengusaha diluar sana terutama yang beginner dan tidak tahu apa apa terus terjun ke bidang ini tanpa bimbingan akhirnya kecundang atas faktor memilih lokasi yang salah. Untuk pengetahuan anda lokasi yang terbaik untuk meletakkan mesin air tin atau air kotak adalah di SEKOLAH, KILANG, KLINIK KESIHATAN dan kawasan2 tertutup dan jauh dari kedai serbaneka dan restoran. Meletakkan mesin air di Dobi 24 jam terutamanya adalah kesilapan besar kerana orang lebih suka ke kedai atau restoran berhampiran yang menyebabkan sales anda slow!


Jenis-jenis Mesin Vending Air Tin




1# SLOT VM



Maksudnya berapa pilihan air yang boleh dimasukkan dalam satu-satu masa. Bukan kuantiti. Contohnya Fruit Tree, Seasons, Milo, 100 Plus, Nescafe etc. Minimum slot adalah 25 slot. Yang lain ada 30 slot, 36 & maksimum 42 slot. Berapa jumlah slot bergantung kepada kapasiti sesebuah mesin. Makin banyak slot, makin banyaklah air tin dan botol yang boleh diisi dan makin tinggilah harganya. Biasanya, untuk 'beginner' saya sarankan cuba mesin air tin 25slot. Namun, dengan terdapatnya 25 slot, tidak bermaksud kita perlu letakkan 25 pilihan air tin. Sesetengah jenis air tin kita boleh letakkan dalam beberapa slot. Contoh, 100Plus kita letakkan di 3unit slot sebab banyak permintaan. Jenis air apa yang laku (untuk diletakkan banyak slot) bergantung kepada target pembeli tu. Jika di sekolah, air Milo yang laku. Jika di tempat bersukan, air 100Plus yang banyak permintaan. 



Untuk mengetahui pilihan air yang mendapat sambutan, lihat pada jumlah air tin yang perlu di'topup'. Jika banyak air tin Milo yang perlu di'replenish' maka air tin Milolah yang mendapat sambutan. 



Next, 2# KUANTITI TIN/BOTOL


Untuk setiap slot, jumlah tin/botol yang dapat dimuatkan juga berbeza. Bergantung juga pada column. Mesin 25 slot, setiap column ada 5 slot. Contoh slot 1 letak air 100Plus. 1 slot boleh masuk dalam 15-18 tin je. Then slot 2, akan makin kurang. Maybe 12-15 tin sahaja. Dan begitulah yang seterusnya sampai slot ke-5. Then, slot ke-6 start balik macam slot yang pertama. 

Jenis tin/botol juga memainkan peranan. Tin Milo/Nescafe kurus dan tinggi. Jadi banyak boleh masuk dalam satu slot. Jika 100 Plus, standard saiz gemuk dan pendek. Jadinya sedikit sahaja yang boleh masuk. Sama juga situasinya dengan air botol. Air Twister Orange boleh masuk lagi banyak dari botol mineral. Tapi, 'normally' 25 slot boleh letak 425 tin dan botol. 30 slot, boleh isi 504 botol dan tin,manakala 36 slot boleh isi 612 tin dan botol dan slot 42 boleh memuatkan sehingga 720 tin dan botol.

Sebuah mesin air tin untuk 30 sehingga 42 slot tidak akan melebihi RM 15,000.00 Anda boleh dapatkan mesin 30 slot serendah RM 9000.00 bergantung kepada pengedar.. Apa yang paling penting elakkan membeli dari orang tengah atau agent yang menjual dengan harga hilang akal.

Untuk beginner ramai diantara mereka tertipu sehingga membayar mesin 30 slot dengan harga RM 30,000.00- RM45,000.00 dan ditawarkan lokasi yang tidak hot seperti dobi dan shopping mall. Akhirnya mereka bungkus kerana sales perlahan dan agent tidak mahu bertanggungjawab..

Pembekal Air Minuman Tin & Kotak

Untuk anda yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur anda tidak bermasalah untuk mendapatkan stok kerana banyak pusat pemborong yang membekalkan stok seperti NSK dan sebagainya. Cuma anda hanya perlu bijak membandingkan harga untuk mendapatkan maksima keuntungan.

Margin Keuntungan


Untuk satu tin air minuman anda boleh mendapatkan keuntungan sekitar 0.60sen sehingga 1.00 setin bergantung kepada jenis air dan harga yang anda sendiri tetapkan di mesin anda.

Untuk air seperti milo,oligo dan nescafe margin untungnya rendah sekiranya diletakkan di sekolah kerana kawalan harga pihak sekolah dan stock itu sendiri mahal. Untuk air seperti fruut tree, f&n dan seasons margin yang saya dapat ialah 0.70-0.85sen setin di sekolah.

Jualan harian saya ialah sekitar 300-400tin sehari di sekolah.. Ianya berbeza bagi setiap sekolah bergantung kepada jumlah pelajar.

Sales harian saya sekitar RM 300-600 sehari..  Pernah juga mencapai RM1100 sehari untuk 2 mesin di sebuah sekolah. Sales untuk 1 mesin air di sekolah boleh dapat sekitar RM200-RM350 sehari. Saya lebih mencadangkan kepada anda untuk meletakkan mesin air kotak kerana kosnya murah dan berbagai pilihan air yang sihat. Jika dibandingkan sekolah rendah atau menengah keduanya adalah bagus dan terbaik sekali adalah sekolah rendah..
Bila dah ada 4 mesin perlu ada mesin kira duit kat rumah. Tak larat nak kira setiap hari

Satu mesin 1 ikat macam ni benda biasa. Bergantung lokasi



Maintenance


Penjagaan mesin ini tidak susah kerana di Jepun sendiri mesin ini hanya dibiarkan di bawah matahari dan hujan. Namun adalah seeloknya diletakkan di bawah tempat berbumbung untuk mengelakkan warna mesin dan air display anda luntur. Anda hanya perlu servis compressor sekiranya air mula berasa tidak sejuk. Untuk full servis sebuah mesin berharga RM700-RM1000 bergantung apa barang yang perlu ditukar dan perkhidmatan ditawarkan technition. Sekiranya anda membeli mesin baru warranty anda adalah 1-2tahun dan segala servis serta kerosakan akan ditanggung pembekal.
keluarkan air yang sangkut



seronok tak bila tengok setiap hari macam ni? yang penting lokasi kena betul


bulb display rosak memang susah sikit.. Takde jual di hardware.. Kena order dengan pembekal

Mesin semua dalam bahasa jepun. Di pintu mesin bahagian dalam ada translate

vandalism ni biasa.. dia sumbat pembaris pulak 


Geng bangla sini dah tau kita nak apa bila datang




Sewa


Sewa sebuah tapak kebiasaannya didalam lingkungan RM100-RM300.. ianya boleh menjadi mahal sekiranya lokasi tersebut adalah "hot".. Ada juga pihak tapak yang mengambil sewa diatas keuntungan tin seperti 0.10sen setin yang dijual.. Dan ada juga yang mendapat tapak secara percuma bergantung atas kebijaksaan anda semasa menghantar proposal kepada pihak tapak. Dan lebih malang membayar tapak tetapi sales harian perlahan diatas kesilapan anda memilih tapak seperti diceritakan oleh saya di atas.. 




Bisnes Mesin Air Tin ini mudah sahaja, rutin sangat senang. Beli air, servis, ambil duit 'collection' dan kira jumlah duit 'collection', Insyaa Allah dengan berkat dan izin Allah SWT, anda akan berjaya!




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CiTy GM6

Rayyan & Brainy Bunch